RUMAH BURUNG WALIT (RBW) / JOINT VENTURE AGREEMENT – HJ BADRUL 019-5567893
KUINGAT TAKWA ENTERPRISE
Membuka peluang dimensi baru dunia pelaburan dengan pendekatan praktikal tanpa batasan.
3
Persetujuan kerjasama ini akan diikat dengan suatu perjanjian dan dokumen
perjanjian ini perlu didaftarkan mengikut undang-undang di Malaysia. Dalam
perjanjian tersebut, pemilik tanah dan bangunan dikenali sebagai pihak pertama dan
pengelola akan dikenali sebagai pihak kedua. Perjanjian adalah mustahak kerana ia
akan melibatkan kerja sama diantara pihak pertama tadi dengan pihak kedua.
Biasanya dalam perjanjian tersebut termaktub beberapa perkara yang penting
berkaitan dengan tanggungjawab kedua-dua pihak. Pemilik bangunan adalah
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemilikan bangunan ia itu bangunan
miliknya sepenuhnya dan bebas dari tuntutan, pajakan atau ganggu-gugat dari manamana
pihak lain. Manakala pihak kedua hanya memberikan perkhidmatan
pengelolaan / penjagaan terhadap RBW mengikut persetujuan bersama. Sebagai
pemilik bersama bangunan, pihak pertama tentulah bertanggungjawab menyediakan
tanah, bangunan, peralatan, perlengkapan, dan perkara-perkara lain dalam usaha
untuk penternakan burung walit, menanggung kos tanah dan bangunan, kos elektrik,
air, keselamatan, kebersihan, dan pembiayaan-pembiayaan yang lain berkaitan dalam
usaha penternakan burung walit tersebut. Manakala pihak kedua pula memberikan
khidmat pengelolaan dan penyelenggaraan peralatan bagi usaha penternakan burung
walit. Adalah menjadi kewajipan pengelola untuk datang/melawat sekurangkurangnya
(tiga) bulan sekali. Segala kos penyelenggaraan peralatan atau
penambahbaikan untuk meningkatkan hasil di tanggung oleh bersama. Dalam
perjanjian ini, pihak pertama terikat dan tidak dibenarkan menjual tanah dan
bangunan tersebut. Jika perlu juga tawaran hendak menjual hendaklah diberi kepada
pengelola terlebih dahulu. Perlu diingat bahawa nilai pasaran tanah akan turut
meningkat berlipat kali ganda dengan adanya RBW diatasnya. RBW yang berjaya tadi
adalah hasil usaha bersama, maka pengelola juga berhak untuk mendapat
bahagiannya.
Perkara paling penting harus dipersetujui terlebih dahulu ialah berapakah nisbah
pembahagian hasil diantara kedua-dua pihak.. Pengelola terpaksa mengeluarkan
modal dan kepakaran beliau. Jadi adalah wajar ia mendapat haknya dari hasil RBW
tersebut dan dalam jangkamasa yang munasabah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment